Saturday, 20 October 2018

Interview Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2018

Assalamualaikum people! so entry kalini i nak share pengalaman interview with pinjaman pelajaran yayasan selangor. Okay so lets we start with bismillahirrahmanirrahim.

We start from the beginning okay? I hantar borang yang dah siap isi tu walk in tau, my dad pergi pejabat yayasan selangor tu and bagi by hand dekat orang in charge kat situ. Then dia terus bagi surat kat my dad kata datang interview hari sekian sekian. On the spot. Dekat situ dia bagi tahu suruh datang iv. So means dia tak tengok pun isi borang tu, siapa hantar borang je terpilih untuk interview (my theory). Then, beberapa hari selepas itu pihak yayasan selangor bagi email pulak cakap benda yg sama suruh datang hari sekian sekian untuk datang iv.



Beberapa hari lepastu pulak dapat surat dari yayasan selangor lagi, suruh datang iv lagi. Amboi. ni memang nak suruh datang ni. So, i pun decide untuk datang iv tu lagipun memang nak pinjaman untuk sambung degree i taknak mintak ptptn sebab ada interest hehe. Okay, then i decided to choose sunday for the iv since my dad and my mom free on that day. Maka, pergilah seketul ain ke tempat iv pada 12 Ogos 2018. 

Sesampai je dekat bangunan yayasan selangor tak rasa lagi debar dia. Naik lif and sampai tingkat 9, nampak ramai orang tengah duduk tunggu turn. Pastu i pergi daftar, tulis nama blablabla then duduk tunggu nama kena panggil. Suddenly dah start cuak, bukak lah balik notes pasal selangor. Baca beberapa zikrullah dannnnnn "Nur Ain". Yes, it's my turn. I pun bergerak lah dekat kaunter dia and ada petugas bawakkan pergi ke panel iv. Tengok muka pakcik ni macam garang, tapi bila dia dah start senyum 'oh lega'. Tunggu dia cakap duduk baru duduk tau! Btw, iv ni dalam bm so lagi kacang kot en. 

Duduk je, terus dia suruh kenalkan diri latar belakang keluarga semua. I pun cakap lah pape pasal diri education semua, takyah panjang panjang. Short and brief! Then soalan seterusnya, dia tanya leadership or sport yang kita pernah contribute. Yang ni pun i goreng lah pape yang pernah i join time sekolah dulu and charity i pernah buat pun i sebut. Last sekali baru dia tanya soalan pengetahuan am about selangor and malaysia. Siapa menteri besar selangor, bandar diraja selangor apa, ibu negeri selangor, kemerdekaan tahun ni yang ke berapa and tema kemerdekaan apa. honestly, i didn't expect soalan pasal kemerdekaan tu. And i spoiled yang tema tu HAHA kalau time sekolah boleh lah tau ni dah keluar sekolah ni tak peka sangat tema tema ni haiyo. Janganlah sebab i spoiled soalan tema kemerdekaan dia reject my application pulak kan, huhu. 

Lastly, dia tanya "ada apa apa soalan?". i pun tanya "selalunya berapa orang yang akan dapat pinjaman yayasan selangor ni ye?". Pastu dia explained, takde kuota pun untuk berapa orang diterima, kalau semua yang datang iv tu layak, so semua dapat. Pastu i tanya lagi yang pinjaman ni ada pengurangan based on CGPA tu kan. you know what he said? Dia kata dah takde dah benda tu okay. Yang ada hanya bila student tu grad dengan 3.75 above dapat convert this loan to scholarship. Same as ptptn right? I was shooketh! kat situ. Sebab masa apply dia ada sebut benda tu kat website. Hello, mohon update website Selangor pleaseee. Dengan itu sekian lah iv saya pada hari tersebut. Now tengah tunggu keputusan. I hope i get this pinjaman because i dont apply any other okay. Target nak apply scholar je after sem 1 degree nanti. But untuk nak masuk degree ni i need moneyhhh. Pray for me guys.

------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE: 

Wehhhh, dah dapat result dia! and Alhamdulillah dapat :)) dia call time i tengah bersantai santai kat rumah hari sabtu! SABTU. didn't expect that huhu nasib baik i angkat, ingat nak decline je sbb no tak kenal manatau scammer. Then uruskan all those documents within 2 weeks seriously, penat nak mampus uruskan segala dokumen tau. paling lecehhhh dia nak penjamin, dua pulak tu. nasib baik lah engko nak bagi aku duit. Now tengah tunggu duit nak masuk je ni. Dalam sebulan(?) YEAY! 

Thursday, 17 May 2018

FOUNDATION IIUM 2017/2018

Assalamualaikum, for today entry i buat khas untuk pelajar lepasan spm yang masih mencari cari which path they wanna go. But i will just focus on foundation of International Islamic University Malaysia because i was graduated from there (not yet degree, just foundation). Okay without further ado, lets start!!

First of all, tempat asasi uia dulu ada 2 dekat Petaling Jaya satu dekat Gambang satu. Now, yang dekat PJ tu dah kena pindah. Certain dekat Gambang certain pindah ke Kuantan. Actually, campus Kuantan untuk budak degree yang ambik Bio, so yang duduk Kuantan like menumpang tempat orang je lah so kena behave lelagi kalau nampak senior lol seniority. I dulu memang dapat dapat uia letter terus dia campak ke Gambang, Pahang. Sedih hidup kawan lain semua dekat PJ. And bebudak engineering dia split into two ada yang kat PJ setengah lagi kat Gambang. Taktau kenapa tak paham betul. Tapi Gambang ni tempat baru, so Mahallah dia semua baru and bilik luas cantik nyaman wifi laju. Hihi seronok lah duduk situ even nak keluar ke bandar almost sejam soooooo rural area. Main foundation punya campus supposely Gambang tu, but Gambang banyak lagi bangunan tak siap. Ada masalah wiring lah, ceiling runtuh whatsoever. So kat sana ada dua bangunan je yang hidup, Admin Building dengan Mahallah. I don't know lah bila Gambang tu nak siap sepenuhnya tapi kalau dah siap sumpah best! And my last semester i kena tukar pulak ke Kuantan. Kuantan biasa biasa je dia tengah bandar kan so senang nak access everything, especially grab. Tapi wifi dia mehhh ni dekat Mahallah Maimunah ye. Certain bilik je dapat wifi. Paling stress nak fikir nak makan kat mana hahahah sebab banyak sangat pilihan dia jadi taktau nak decide tau. Last last food delivery je, Food Valet.

Well, kalau tengok blog blog lain semua tak update, ada yang cakap asasi uia ni 2 tahun lah setahun setengah lah, setahun lah. So orang pun takut nak apply uia sebab nanti drag masa nak ke degree macam membazir masa lah kat situ. But, now we have new system which is starting from our batch, 2017/2018, asasi uia selaraskan tempoh pengajiannya sama macam universiti lain which only 1 year. So no more 2 years blabla unless you extend atas sebab tertentu. Misalnya, fail subject, tak pass english or arab. Oh ya speaking of languange, asasi uia ni wajib ambil english and arabic ya kawan kawan. As for me, i am from engineering, i have to pass level 6 english and level 2 arabic. Tapi i rasa every courses kena pass english level 6 but arabic depends on courses. Jangan risau, tak susah pun. I pass english time sem 1 and arab time sem 2. Take your time, study bahasa ni kena enjoy takleh stress stress (even i stress dulu belajar arab). And kalau course arab (BAR) confirm confirm lah kena pass level 6 en. Also, english dekat uia guna IELTS which is selalu orang nak fly overseas ambil benda ni. Sebabnya uia kan international so dia guna yang satu dunia guna lah lol. Then, asasi uia don't have to take MUET to enter Kuliyyah later because we can take MUET during our Kuliyyah. Tulah salah satu kelebihan asasi uia (kelebihan ke?). Asasi lain kena buat MUET lu, baru boleh masuk degree. Dorang also kena compete balik nak isi UPU but we don't have to compete. Kita memang ada tempat kat degree dah (kalau pointer lepas) but still kena isi streamline untuk major apa you nak sambung degree nanti. Certain uni pun ceni jugak like UNIMAS, UPM if i not mistaken. What i want to tell you aa, semester 1 please do very well in your examination because you will carry your CGPA until the very end. Kalau awal awal you dah main, nak naikkan CGPA after that is very susah lah dik, because kalau dia naik pun sikit je. Huhu, sis menyesal.

Okay now i wanna tell you what uia doesn't tell. As you can see, uia has many choices of foundation kan, dia dah siap pecah pecahkan ikut courses. Tapi masa asasi belajar benda sama je benda basic belum belajar details lagi. And please kalau nak pilih asasi uia pilih betul betul, pilih ikut minat bukan main letak je sebab rasa macam best je belajar seni bina (contoh). Because once you enter that course, there's no turning back dude. Ceh, ada je actually, masa taaruf week nanti dia akan announce siapa nak tukar course sila tulis nama, isi borang blabla, so at that moment, kalau rasa nak tukar, go lah jangan diam je buat taktau. THIS IS YOUR FREAKING FUTURE, so decide it well. But masa nak tukar tu kena bayar RM100 and bukan semua orang dapat tukar, dia tengok qualification korang layak ke tidak. Think wisely. Kalau you rasa berminat nak jadi engineer, apply lah engineering bukan physical science. But universiti lain kalau you nak sambung degree engineering you have to go with physical science instead. Okay then, masa last semester nanti you kena isi streamline, streamline ni lebih kurang UPU punya pilihan lah kita kena pilih nak sambung degree apa. Disebabkan asasi uia dah spesific ikut course, so kat streamline nanti dia bagi terus major course tu. Contoh, i engineering kan, yang ada kat pilihan nanti semua engineering punya major. So i takboleh nak sukahati tukar pergi medic ke tetiba. Lagipun engineering tak belajar Bio, so memang tak boleh langsung nak apply medic, pharmacy, nursing dan seangkatan dengannya. Kalau nak tukar jugak time degree nanti, boleh tapi dia dah bagi siap siap list Kuliyyah yang kita boleh masuk. so pilih yang antara tu je and of course based on our CGPA too. Nak tukar pun 2nd year baru boleh sebab 1st year belajar benda sama (ni kalau sama kuliyyah). Kalau tukar lain Kuliyyah pulak contoh from Kuliyyah Engineering nak ke Kuliyyah Econs kita kena repeat balik sem 1 sebab kena belajar benda lain kan masa 1st year tu. so kita dah bazir setahun(?) macam tu. rugi lah kan. Again, think wisely.

I think that's all you need to know. Yang lain semua dorang akan bagitau time TaWe (taaruf week) nanti. So pay attention! Any curiosity, just comment down below, inshaAllah i will answer it. All the best kids!