We start from the beginning okay? I hantar borang yang dah siap isi tu walk in tau, my dad pergi pejabat yayasan selangor tu and bagi by hand dekat orang in charge kat situ. Then dia terus bagi surat kat my dad kata datang interview hari sekian sekian. On the spot. Dekat situ dia bagi tahu suruh datang iv. So means dia tak tengok pun isi borang tu, siapa hantar borang je terpilih untuk interview (my theory). Then, beberapa hari selepas itu pihak yayasan selangor bagi email pulak cakap benda yg sama suruh datang hari sekian sekian untuk datang iv.
Beberapa hari lepastu pulak dapat surat dari yayasan selangor lagi, suruh datang iv lagi. Amboi. ni memang nak suruh datang ni. So, i pun decide untuk datang iv tu lagipun memang nak pinjaman untuk sambung degree i taknak mintak ptptn sebab ada interest hehe. Okay, then i decided to choose sunday for the iv since my dad and my mom free on that day. Maka, pergilah seketul ain ke tempat iv pada 12 Ogos 2018.
Sesampai je dekat bangunan yayasan selangor tak rasa lagi debar dia. Naik lif and sampai tingkat 9, nampak ramai orang tengah duduk tunggu turn. Pastu i pergi daftar, tulis nama blablabla then duduk tunggu nama kena panggil. Suddenly dah start cuak, bukak lah balik notes pasal selangor. Baca beberapa zikrullah dannnnnn "Nur Ain". Yes, it's my turn. I pun bergerak lah dekat kaunter dia and ada petugas bawakkan pergi ke panel iv. Tengok muka pakcik ni macam garang, tapi bila dia dah start senyum 'oh lega'. Tunggu dia cakap duduk baru duduk tau! Btw, iv ni dalam bm so lagi kacang kot en.
Duduk je, terus dia suruh kenalkan diri latar belakang keluarga semua. I pun cakap lah pape pasal diri education semua, takyah panjang panjang. Short and brief! Then soalan seterusnya, dia tanya leadership or sport yang kita pernah contribute. Yang ni pun i goreng lah pape yang pernah i join time sekolah dulu and charity i pernah buat pun i sebut. Last sekali baru dia tanya soalan pengetahuan am about selangor and malaysia. Siapa menteri besar selangor, bandar diraja selangor apa, ibu negeri selangor, kemerdekaan tahun ni yang ke berapa and tema kemerdekaan apa. honestly, i didn't expect soalan pasal kemerdekaan tu. And i spoiled yang tema tu HAHA kalau time sekolah boleh lah tau ni dah keluar sekolah ni tak peka sangat tema tema ni haiyo. Janganlah sebab i spoiled soalan tema kemerdekaan dia reject my application pulak kan, huhu.
Lastly, dia tanya "ada apa apa soalan?". i pun tanya "selalunya berapa orang yang akan dapat pinjaman yayasan selangor ni ye?". Pastu dia explained, takde kuota pun untuk berapa orang diterima, kalau semua yang datang iv tu layak, so semua dapat. Pastu i tanya lagi yang pinjaman ni ada pengurangan based on CGPA tu kan. you know what he said? Dia kata dah takde dah benda tu okay. Yang ada hanya bila student tu grad dengan 3.75 above dapat convert this loan to scholarship. Same as ptptn right? I was shooketh! kat situ. Sebab masa apply dia ada sebut benda tu kat website. Hello, mohon update website Selangor pleaseee. Dengan itu sekian lah iv saya pada hari tersebut. Now tengah tunggu keputusan. I hope i get this pinjaman because i dont apply any other okay. Target nak apply scholar je after sem 1 degree nanti. But untuk nak masuk degree ni i need moneyhhh. Pray for me guys.
------------------------------------------------------------------------------------------
UPDATE:
Wehhhh, dah dapat result dia! and Alhamdulillah dapat :)) dia call time i tengah bersantai santai kat rumah hari sabtu! SABTU. didn't expect that huhu nasib baik i angkat, ingat nak decline je sbb no tak kenal manatau scammer. Then uruskan all those documents within 2 weeks seriously, penat nak mampus uruskan segala dokumen tau. paling lecehhhh dia nak penjamin, dua pulak tu. nasib baik lah engko nak bagi aku duit. Now tengah tunggu duit nak masuk je ni. Dalam sebulan(?) YEAY!
No comments:
Post a Comment